Sunday, January 26, 2014

Perjalanan menuju ke rumah Mu... Febuari 2014


Bismillahirahmanirrahim..

Assalammualaikum..

Akhirnya, pada tahun ini semoga dengan izin Allah dan kasih sayang dapatlah saya menunaikan Umrah pada Febuari 2014..

Beberapa hari kebelakangan ini, air mata ini sentiasa mengalir kerana mengenangkan doasa-dosa yang telah lepas. Astagfirullahalazim.. semoga Allah mengampuni dosa ku.. Tahun lepas (2013) di awal tahun, kami sekeluarga telah berazam untuk menunaikan Umrah pada tahun ini (2014). Teringat, kata-kata ibu.

"Ibu, nak tanya akak sikit. Ibu lihat perbelanjaan akak seolah-olah cukup makan. bagaimana hendak mengumpul wang yang cukup untuk kita ke sana? (umrah)". Ibu saya adalah seorang akauntan dirumah. Walaupun tidak bertauliah di mata dunia. tetapi, dia bertauliah dimata ku.. in sha Allah dimata Allah juga. Kerana itu, rezeki ku.. aku sentiasa rasa keberkahannya. Dengan nasihatnya yang dulu ku anggap umpama bebelan. Senantiasa mengira gaji ku dan merancang untuk pelbagai perkara. Yang si anak ni pula, yang sibuk dengan hal dunia selalu melewakan nasihatnya.. selalu sibukkan hal perbelanjaan dunia. baju lah, telefon lah, kasut lah. minyak kete la.. ape sahaja lah berkaitan dunia.

Aku cuma menjawab " ibu, rezeki itu ditangan Allah, jika Allah menjemput kita, pasti ada sahaja rezeki dari mana sahaja untuk kita pergi". walhal masa itu, aku juga berfikir, bagaimana ya? dalam setahun ini? insha Allah, percaya dengan rezeki Allah.

Dahulu, ketika mula bekerja, ibu selalu mengingatkan ku untuk bersedekah. "Gaji pertama sedekah pada masjid yer kak. Gaji tu lebih masuk tabung masjid setiap hari Jumaat yer kak..Gaji tu buat bahagian untuk zakat yer kak." Malah, walau tak selalu bersamanya, Allah sentiasa beri Aku petunjuk dengan melihatkan apa yang ibu selalu amalkan. Dia selalu membeli makan untuk anak-anak jiran yang susah. kemudian, selalu memberi makan kepada cleaner tempat kerjanya, memberi sedikit wang jika hari itu ada sepuluh ringgit dipoketnya, itu lah yang diberikan kepada makcik cleaner tu. Di pasar malam, selalu di berikan wang walau seringgit ditangannya kepada peminta sedekah disitu, walau dimajalah tiga atau dimana-mana media keluarkan kisah sindiket peminta sedekah ke apa ke, semuanya tidak dihiraukannya. Jika aku berdegil tak mahu memberi sedekah, dia akan memberikan sehelai wang seringgit kepada ku dan meminta aku memasukkan ke dalam tong atau tin sedekah itu. Semuanya, alhamdulillah Allah beri aku peluang menyaksikan semua itu.

Dan sekarang, aku sudah pulang dan tinggal di Jb, aku sedikit sebanyak mengikut tabiatnya itu. membeli makanan untuk pengawal keselamatan dirumah. Memberi wang kepada orang-orang yang meminta dimeja-meja makan (ini sebenarnya ikut gerak hati, kadang-kadang hati tak mau bagi.. wallahualam.. itu adalah kehendak Allah terhadap setiap makhluknya).Malah didalam hidupku ada seseorang yang agak susah kehidupannya. (bukan dari segi kesenangan tetapi, bagiku adalah kesempitan hidup, seolah dia memerlukan lebih perhatian dan cahaya) Aku selalu membantunya. Kadangkala bengang juga, asyik meminta aku sahaja. Tetapi, aku bagi sahaja. (itu ketentuan Allah juga).

Dari situ, aku dapat melihat secara live, magisnya.. Rezeki itu, ahamdulillah sentiasa cukup.. dan dapat merasakan manfaatnya. dari segi untuk membeli baju, makanan atau apa sahaja. Semuanya, aku dapat rasakan manfaatnya. Berlainan dari hidupku sebelum ini. Walaupaun gajinya lebih tinggi, aku sentiasa merasakan tidak cukup dan tidak tahu mana perginya gaji tu. Alhamdulillah... Aku rasakan kehadiran Nya, Kasih sayangNya.. Lillahita'ala.

Dan pada bulan 8 2013, aku mendapat rezeki lebihan. rezeki itu berkemungkinan akan dapat pada bulan 1 atau 2 begitulah perkiraannya. Ku meberitahu ibu ku. Menangis sebenarnya.. Merasakan, inilah Rezeki dan panggilanNya. Sambil menangis, aku beritahu Ibu dan Ayah.

" Ibu, ingat tak ayin beritahu ibu? Jika Allah berkehendakkan kita dan sudah memanggil kita dan menjemput kita, insha Allah akan hadir rezeki untuk kita." Ibu diam. Aku tak pasti apa yang sedang difkirkannya.
Setelah itu, kami sudah mula merancang, untuk menunaikan Umrah pada bulan Mar 2014 dengan tabung haji. Sehingga lah, pada bulan 11, ibu memberitahu kami akan mengikut Travel Agent Mumtaz Travel pada bulan Febuari. Walaupun agak terkejut, tetapi aku sangat bersyukur kerana rancangan kami dipercepatkan sebulan.

Buat masa sekarang, buku inilah yang kami baca dan setiap minggu kami akan ke Masjid Bandar Baru Uda untuk belajar. Dan sekarang, masih belajar mempelbaiki diri...

Ya Allah permudahkanlah urusan Jemaah Kami untuk menunaikan Umrah dan menyerahkan diri untuk beribadah kepada Mu, kerana Mu, ketika kami disana. Insha Allah... Amin...


No comments:

Post a Comment