Sunday, November 22, 2015

Bermula Perjalanan Mencari Tuhan

Mencari Dia Bermaksud,
Mencari Diri Kita.
Mengenal Diri Kita.

Aku Perlu Mulakan Langkah Pertama.
Aku Perlu Membersihkan Diri,
Luaran Dan Dalaman.

Dia Sukakan Kecantikan,
Malah Pemiliknya.

Dia Sukakan Kebersihan,
Malah Pemiliknya.

Dia Sukakan Kesucian,
Malah Pemiliknya.

Aku Perlu Dia.
Aku Perlu Sentiasa Usaha Untuk Dia.

Mari!
Lawan Perasaan Malas Mu.

Dekatkan Dirimu Dengan Dia.

Kepada Allah Kita Berserah.
Amin!!!

Kita Berusaha Sebaiknya.
Kita Serahkan PadaNya Untuk Membantu Kita.


Kita Mulakan Dengan Bersihkan Diri Luaran Dan Dalaman.

Langsaikan Segala Hutang DenganNya..
In Shaa Allah

MALAS

MALAS? Aku Perlu BERUBAH!

Saban Hari, Aku Terlalu MALAS
Aku Tak tahu Kenapa
Pelbagai Tools Juga Bahan Bacaan Aku Baca.

Permasalahannya,
Ia Terjadi Pabila Aku Di Dalam Kurungan Ini.
Adakah Masalahnya Adalah Kurungan Ini?

Adakah Benar?
Aku Perlu menyelesaikan Masalah Ini.

Sekarang!
Sekarang!
Sekarang!

Move It!
Move It!

Aku Perlu Lakukan Sesuatu.
Bila Aku Keluar.
Aku Adalah Seorang Yang Lain.

Ya Allah.
Hanya Dikau Maha Penyelesai Masalah.
Selesaikan Lah Masalah Aku Ini Ya Allah.

Ya Allah.
Janganlah kerana Aku,
Keluarga ku DItimpa Kesusahan.


Maafkan Aku TUHAN.

Saturday, October 24, 2015

Di Saat Kamu Menjumpai JawapanNya.


Hari Ini Tanggal Haribulan Dua Puluh Delima Bulan Oktober Tahun 2015.

Aku Mencoret Lagi Kerana Aku Baru Sahaja Menerima Sentuhan Kalbu.

Subhanallah.
Syukur Padanya.
Sentiasa Memerhatikan Diri Ku.
Sentiasa Membantu Aku Dikala Aku Gundah
Sentiasa Memujuk Aku Ketika Aku Sakit.

Sakit Dijiwa
Sakit Difikiran.
Kosong Dijiwa
Kosong Difikiran.

Ketika Jiwa Kosong, 
Begitulah Aku. Pelbagai Perkara Pelik Akan Aku Lakukan.
Baru Usai Membuat Rekod Suara Untuk Semangat Diri.

Aku Terpanggil Untuk Membaca Nukilan Hamba Allah.

Kagum Dengan Caranya Memberitahu Aku Tentang Sesuatu Persoalan.
Bahkan Aku Menangis Ketika Membaca Nukilan Itu.

Ayat2 Suci Yang Di Utarakan.
Seakan Menjawab Persoalan Hati Yang Kosong.

Allahu Akbar.
Betapa Aku Ini Insan Istimewa.
Betapa Aku Ini Makhluk Yang Mesti Bersyukur Dengan Anugerah Ini.

Aku Mesti Tabah.
Aku Sentiasa Di Dalam Pemerhatian Mu.

Aku Selalu Lupa.
Aku Selalu Igt, Aku Ditingalkan Sepi.

Aku Selalu Igt, Aku Ini Tiada Di Hati Sesiapa.
Rupanya.. Aku Selalu Dalam PerhatianMu.

Allahu Akbar..

Aku Selalu Lupa.. Maafkan Aku.

Surah Ath Thur, Ayat 48

Dan (dengan yang demikian) bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka) kerana sesungguhnya engkau tetap terselamat dalam pemeliharaan serta pengawasan Kami; dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu semasa engkau bangun.

Sebuah Perjalanan Yang Panjang





Hari Ni, Haribulan 24 bulan Kesepuluh Tahun 2015

Sepanjang Perjalanan Dari 2014 Ke Hari Ini. Banyak Yang Aku Boleh Ceritakan.
Dari Satu Perkara, Kepada Perkara Yang Lain. 

Bermula Dengan Penghijrahan Minda Aku Daripada Konvensional Kepada Islamic.
Bermula Dengan Penghijrahan Minda Aku Dari Jaminan Kepada Peluang.
Bermula Dengan Sebab Aku Dilahirkan Dengan Sebab Tujuan Kehidupan.

Aku Banyak Menhabiskan Masa Mencari Ilmu.
Yang Aku Tak Tahu Apa Sebenarnya Tujuan Ilmu2 Yang Aku Carik.
Yang Aku Tak Tahu Apa Yang Aku Sedang Lakukan.

Aku Tidak Lagi Mengejar Certificate Atau Pangkat.
Aku Mencari Tujuan.
Aku Sudah Mula Mencari Sebab.

Aku Tidak Lagi Mahu Menjadi Pengikut.
Aku Sudah Mula Mahu Mencorak Sendiri Kehidupan Aku.
Aku Sudah Mula Melangkah Sendiri.

Aku Nanti Bakal Hidup Sendiri.
Didunia Juga Akhirat.

Ingin Meluahkan Sesuatu.
Disaat Aku Sedang Mempunyai Sesuatu.
Aku Telah Berani Melepaskan.
Malah Aku Lebih Berani Mahu Melepaskannya Lagi.

Tetapi, Disaat Aku Mahu Melepaskan.
Aku Sedar Kesyukuran Sampai Dan Aku Mula Berundur.
Berundur Dari Buat Keputusan

Mengapa Ya?
Disaat Kita Berani,
Kita Menjadi Terlalu Berani Sehingga Ujub.
Disaat Kita Berani.
Kita Menjadi Penting Diri.

Kerana Itu, Aku Selalu Gagal.
Gagal Duduk Diam Disatu Lorong Dan Berjalan.
Aku Perlukan Sesuatu.
Tetapi Aku Tak Tahu Apa.

Aku Tahu.
Aku Kekurangan Sesuatu.
Adakah Disiplin?
Adakah Jati Diri?


Aku Masih Mencari.

Sunday, January 26, 2014

Perjalanan menuju ke rumah Mu... Febuari 2014


Bismillahirahmanirrahim..

Assalammualaikum..

Akhirnya, pada tahun ini semoga dengan izin Allah dan kasih sayang dapatlah saya menunaikan Umrah pada Febuari 2014..

Beberapa hari kebelakangan ini, air mata ini sentiasa mengalir kerana mengenangkan doasa-dosa yang telah lepas. Astagfirullahalazim.. semoga Allah mengampuni dosa ku.. Tahun lepas (2013) di awal tahun, kami sekeluarga telah berazam untuk menunaikan Umrah pada tahun ini (2014). Teringat, kata-kata ibu.

"Ibu, nak tanya akak sikit. Ibu lihat perbelanjaan akak seolah-olah cukup makan. bagaimana hendak mengumpul wang yang cukup untuk kita ke sana? (umrah)". Ibu saya adalah seorang akauntan dirumah. Walaupun tidak bertauliah di mata dunia. tetapi, dia bertauliah dimata ku.. in sha Allah dimata Allah juga. Kerana itu, rezeki ku.. aku sentiasa rasa keberkahannya. Dengan nasihatnya yang dulu ku anggap umpama bebelan. Senantiasa mengira gaji ku dan merancang untuk pelbagai perkara. Yang si anak ni pula, yang sibuk dengan hal dunia selalu melewakan nasihatnya.. selalu sibukkan hal perbelanjaan dunia. baju lah, telefon lah, kasut lah. minyak kete la.. ape sahaja lah berkaitan dunia.

Aku cuma menjawab " ibu, rezeki itu ditangan Allah, jika Allah menjemput kita, pasti ada sahaja rezeki dari mana sahaja untuk kita pergi". walhal masa itu, aku juga berfikir, bagaimana ya? dalam setahun ini? insha Allah, percaya dengan rezeki Allah.

Dahulu, ketika mula bekerja, ibu selalu mengingatkan ku untuk bersedekah. "Gaji pertama sedekah pada masjid yer kak. Gaji tu lebih masuk tabung masjid setiap hari Jumaat yer kak..Gaji tu buat bahagian untuk zakat yer kak." Malah, walau tak selalu bersamanya, Allah sentiasa beri Aku petunjuk dengan melihatkan apa yang ibu selalu amalkan. Dia selalu membeli makan untuk anak-anak jiran yang susah. kemudian, selalu memberi makan kepada cleaner tempat kerjanya, memberi sedikit wang jika hari itu ada sepuluh ringgit dipoketnya, itu lah yang diberikan kepada makcik cleaner tu. Di pasar malam, selalu di berikan wang walau seringgit ditangannya kepada peminta sedekah disitu, walau dimajalah tiga atau dimana-mana media keluarkan kisah sindiket peminta sedekah ke apa ke, semuanya tidak dihiraukannya. Jika aku berdegil tak mahu memberi sedekah, dia akan memberikan sehelai wang seringgit kepada ku dan meminta aku memasukkan ke dalam tong atau tin sedekah itu. Semuanya, alhamdulillah Allah beri aku peluang menyaksikan semua itu.

Dan sekarang, aku sudah pulang dan tinggal di Jb, aku sedikit sebanyak mengikut tabiatnya itu. membeli makanan untuk pengawal keselamatan dirumah. Memberi wang kepada orang-orang yang meminta dimeja-meja makan (ini sebenarnya ikut gerak hati, kadang-kadang hati tak mau bagi.. wallahualam.. itu adalah kehendak Allah terhadap setiap makhluknya).Malah didalam hidupku ada seseorang yang agak susah kehidupannya. (bukan dari segi kesenangan tetapi, bagiku adalah kesempitan hidup, seolah dia memerlukan lebih perhatian dan cahaya) Aku selalu membantunya. Kadangkala bengang juga, asyik meminta aku sahaja. Tetapi, aku bagi sahaja. (itu ketentuan Allah juga).

Dari situ, aku dapat melihat secara live, magisnya.. Rezeki itu, ahamdulillah sentiasa cukup.. dan dapat merasakan manfaatnya. dari segi untuk membeli baju, makanan atau apa sahaja. Semuanya, aku dapat rasakan manfaatnya. Berlainan dari hidupku sebelum ini. Walaupaun gajinya lebih tinggi, aku sentiasa merasakan tidak cukup dan tidak tahu mana perginya gaji tu. Alhamdulillah... Aku rasakan kehadiran Nya, Kasih sayangNya.. Lillahita'ala.

Dan pada bulan 8 2013, aku mendapat rezeki lebihan. rezeki itu berkemungkinan akan dapat pada bulan 1 atau 2 begitulah perkiraannya. Ku meberitahu ibu ku. Menangis sebenarnya.. Merasakan, inilah Rezeki dan panggilanNya. Sambil menangis, aku beritahu Ibu dan Ayah.

" Ibu, ingat tak ayin beritahu ibu? Jika Allah berkehendakkan kita dan sudah memanggil kita dan menjemput kita, insha Allah akan hadir rezeki untuk kita." Ibu diam. Aku tak pasti apa yang sedang difkirkannya.
Setelah itu, kami sudah mula merancang, untuk menunaikan Umrah pada bulan Mar 2014 dengan tabung haji. Sehingga lah, pada bulan 11, ibu memberitahu kami akan mengikut Travel Agent Mumtaz Travel pada bulan Febuari. Walaupun agak terkejut, tetapi aku sangat bersyukur kerana rancangan kami dipercepatkan sebulan.

Buat masa sekarang, buku inilah yang kami baca dan setiap minggu kami akan ke Masjid Bandar Baru Uda untuk belajar. Dan sekarang, masih belajar mempelbaiki diri...

Ya Allah permudahkanlah urusan Jemaah Kami untuk menunaikan Umrah dan menyerahkan diri untuk beribadah kepada Mu, kerana Mu, ketika kami disana. Insha Allah... Amin...


Saturday, December 7, 2013

Masa Itu Emas


Assalammualaikum..


Lama tak update blog ni.. lama sangat kot. Mungkin dengan kesibukan menyiapkan thesis, dan kerja yang baru, itu yang tidak sempat langsung nk update blog. kalau yang mengenali diri ni mesti cakap, dia ni memang ikut mood jer..

Pejam celik, sekarang pun dah December of 2013. lagi beberapa hari nak masuk 2014. Such a long way untuk sampai ke tahun ini. Apa azam kita? kita akan tinggalkan 2013 dengan pelbagai kenangan dan achievement (maaf ckp, jika ianya boleh dipanggil achievement)

saya juga ada beberapa moment yang hendak dikongsi dengan semua. (*__*)..

Alhamdulillah.. 2013 merupakan tahun yang amat membahagiakan.. alhamdulillah dengan perasaan ini.. berharap, ianya akan bertambah baik.. di dunia juga di akhirat kelak.

Paling yang tak boleh lupa for 2013 is, this one... hui... pasal gamba ni pun boleh jadi gadoh... erm.. sepatutnya, ada banyak jugak gamba pre konvo ni.. tapi.... entah la..

haih... siti, sila husnuzon.. 



Bercerita mengenai gamba diatas.. Ya, saya baru menghabiskan satu perjalanan yang sannnnnnnnnnnnnnnnnnngat panjang... Erm, kenapa yer panjang bebenau? hmm.. banyak onaak dan durinya semua ni.. Baru faham perasaan lecturer bila dorang cite masa dulu dorang kene urus keluarga dan belajar. Tapi still boleh score, I salute them lah!

Saya bekerja sambil belajar. Sepanjang masa belajar (4tahun untuk master coursework in accountancy), banyak pengalaman kerja dikutip. byk lompatan telah dibuat. Boleh check resume saya yer. Setiap tahun saya akan melompat ke satu company ke company yang lain. Semuanya berlainan motif. Hmm..dalam masa 4 tahun itu lah titik tolak kepada beberapa perubahan dlm diri.

Dan Sekarang diri sedang mengorak langkah untuk pergi lebih tinggi dan lebih jauh lagi.. in sha Allah...

Friday, February 17, 2012

Redha dan Ikhlas

Assalammualaikum...

alhamdulillah.. sekarang ada sedikit masa untuk update blog ni..

Redha dan ikhlas.. apa tu? erm.. saya pun tak dapat nak gambarkan perasaan tu.. tak boleh nak ceritakan selepas kita sendiri yang merasainya.. tak mengapalah.. saya berkongsi pengalaman saya.

Dalam hidup ni saya merasakan.. bila kita melakukan perkara yang baik, kita pasti akan mendapat kebaikan dari apa yang kita lakukan.. pernah dengar pepatah?

 'buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali'

Sebenarnya, benar apa yang pepatah tu cakap. Buat baik biarlah berpada.. yang buat jahat jangan sekali tu, better kita cerita lain kali.

Saya tidak mengamalkan apa pepatah tu cuba sampai kan.. kerana, saya sangat percaya kepada bila kita melakukan perkara baik, kita akan mendapat perkara yang baik semula.. silap.. sangat silap.. bukan pepatah tu silap.. tapi apa yang saya pegang tu silap.. Benar, sifat baik sangat perlu kita terapkan.. malah itu lah fitrah hati ni sebenarnya.. sifat baik..

Ok.. mari sama-sama kita review silapnya dimana.

1st- ketika melakukan perkara tu..saya sentiasa fikir, kalau saya buat baik.. mesti dapat perkara baik..
 Dimana silapnya disini? erm.. saya sentiasa fikirkan balasan.. nampak bukan ape pun kan? iye la.. kita cuma think positive buat baik = mendapat perkara yang baik..

Sepatutnya? erm.. apabila kita melakukan apa sahaja.. ya saya stress kan.. apa sahaja.. kita tak perlu mengharapkan apa-apa balasan. Apa-apa balasan pun.. hurm.. saya huraikan perlahan-perlahan kat sini ya? balasan tu tak semestinya kita tolong orang lain, then kita harap ada orang lain akan tolong kita macamana kita tolong orang lain yang pertama tu.. balasan tu maksudnya disini.. apa pun yang akan kita dapat.. itu dikenali sebagai rahmat Allah.. ( masyaAllah...)

2nd- selepas melakukan perkara itu, saya akan mencari2 dimana perkara baik yang akan saya dapat
Dimana silapnya disini? ya.. saya menunggu.. menunggu... berdoa meminta-minta.. ya tak salah berdoa.. tapi.. ada sesuatu yang saya silap disini..

Sepatutnya? saya bersyukur dengan apa yang saya dapat sambil berdoa.. pernah kah kita bersyukur? itu silap saya.. setiap kali mengadu kepada Allah bertapa kita sedih dengan apa- yang menzalimi kita.. apa yang terjadi.. pernahkah kita bersyukur dengan perkara itu? pernah kita terfikir apa disebalik semua tu? dan siapa yang menetapkan terjadi perkara itu? Allah.. Ya Allah Maha Besar.. ( Allahu akbar...)

Bagaimana kita nak mendapat sifat ini? Dengan pengalaman saya, saya sangat ingat.. saya ada berdoa kepada Allah.. kurniakanlah sifat ini kepada Saya.. ya saya ada berdoa kepada Allah untuk memberi kepada saya sifat ikhlas dan redha ini.. Alhamdulillah.. jika ini lah sifat itu, jadi saya sangat bersyukur yang Allah telah menunaikan hajat saya ni... Alhamdulillah Ya Allah...

saya sangat ingat. bagaimana diri ini tertampar dengan prinsip sendiri.. tamparan yang sgt hebat dan dengan kejadian itu telah di kurniakan sifat redha dan ikhlas ini... Ya Allah sesungguhnya.. tiada apa yang dapat memaniskan hidupku ini selain kurniaan sifat ikhlas dan redha ini.. terima kasih Ya Allah...


Biarlah kejadian itu saya rahsiakan dihati.. tetapi apa yang saya ingin kongsikan disini.. impak selepas itu.. saya sentiasa bersyukur.. bermula dari selepas solat... berdoa.. tiada lagi ayat " Ya Allah.. berikanlah aku itu.. ini.. itu.. " tetapi.. ianya bermula begini... " Ya Allah.. alhamdulillah dengan segala apa yang terjadi kepada ku... itu... ini... itu.. ini..."

Alhamdulillah... itu lah yang saya rasakan.. mengenai redha dan ikhlas itu... subhanallah...

Tuesday, February 7, 2012

La tahzan....

Assalammualaikum...

Alhamdulillah.. now at 6.54 am... yah.. sebenarnya, fikiran ni rasa nak selalu menaip disini.. tetapi, tak tau lah kenapa.. memang based on mood..

Erm.. semalam keluar dengan Fila ( my housemate) pergi makan di Wong Solo... bincang punya bincang, kami decide nak pergi PKNS.. tapi, sbb nak menunai kan solat, kami park di SACC mall.. singgah di MPH book store nk habis kan voucher buku 1 Malaysia.

Round punya round, berminat dgn satu buku ni.. La Tahzan.. Padahal niat nak cari La Tahzan bercinta.. tapi, tak ada.. jadi, ambil sahaja la yg ini...

Kenapa saya nak baca buku ni? Ya.. kerana, perasaan ni.. ya Perasaan ni.. tak terbendung.. sangat sedih.. kerana kisah silam, kerana dosa lampau.. dan kerana memikirkan masa depan.. sgt sedih...

Monday, January 30, 2012

Sejarah...

Assalammualaikum...

Bermulalah hari ini untuk kita meneruskan rencah kehidupan didunia.. meneruskan beberapa ujian sebagai khalifah di bumi ini. Khalifah? besar maknanya tu.. Tapi, tak apa... kita akan perdalami di lain kali..

Sejarah? saya suka sejarah.. compare to geografi la kan.. (mana taknya.. masa kelas Geog dulu.. siap tido lagi.. ustaz Salleh siap lukis gamba sampan sbb nk ckp pasal seseorg yg tido dlm kelas masa tu..)

Tapi, sekarang ni bukan nk cerita perihal sejarah tu.. tapi, sejarah sekolah dulu.. Ya, saya bersekolah di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor. Erm, its a big shock kerana saya boleh mengakunya sekarang.. dengan segala rendah hati. SMAKJ... banyak kenangan.. banyak Ilmu.. lebih2 lagi Ilmu ukhrawi.. tetapi... masa tu.. saya tak nampak penting nya semua itu. Betul.. tapi, Saya bersyukur pernah di masukkan ke sekolah itu. Kerana, walau setinggi mana saya berada.. Saya masih sedar saya adalah seorg Islam.. saya masih sedar saya ada Allah.. saya masih takut melakukan perkara-perkara yang tidak disukainya.. Yang teramat saya bersyukur, saya tidak terpesong dengan perkara yang melibat kan agama.. Alhamdulillah..

Cuma...... saya menyesal kerana lambat sedar.. betapa segala ilmu yang saya cari sekarang sebenarnya pernah di ajar oleh ustaz, ustazah, cikgu, cikgi sekolah.. Betul, teramat menyesal.. 

Selepas meneruskan pelajaran di Uitm, sedikit demi sedikit saya lupa atau terhakis ilmu yang pernah saya belajar. Ini kerana, di hati hanya fokus untuk menempa kejayaan didunia. Jauh di lubuk hati, mungkin kerana niat ku mengejar dunia untuk ibu dan ayah ku.. Jadi, Allah masih mengurniakan aku kesedaran sekarang... Terima kasih Ya Rabb.. Ampunilah aku kerana kekhilafan ku yang lampau. Tapi, bukan sejarah ini yang hendak di kongsi.

Perkara paling di rindui semasa di SMAKJ ialah, persahabatan.. Persahabatan bersama kawan-kawan sekelas, se batch dan dengan ahli2 dorm juga adik-adik angkat( er.. mcm ramai plak adik angkatnye). Sangat rindukan saat kami berkumpul di tepi surau sebelum bermulanya jemaah Maghrib, membacakan doa taubat bersama selepas solat berjemaah, majlis ilmu di dalam surau sementara menunggu Isyak. Saya rindu semua tu. SANGAT!

Tetapi, juga sangat ralat kerana mempunyai sifat nakal kerana escape solat berjemaah, majlis ilmu dengan berlepak-lepak dengan kawan-kawan di beranda musolla membincangkan tentang duniawi.. ( tapi, kalau fikirkan.. betul juga tindakan kitrog keluar dari musolla dan membincangkan nya di beranda dari kami berbual berkenaan duniawi di musolla)

eih? Dah pukul 7.23 la.. nak siap-siap g kerja. ok la.. sambung lain kali.

Tapi, nak buat ucapan jugak.. saya rindu kawan-kawan rapat saya. ER.... =) cuba teka saya yg mana? heheh! yg paling nampak nakal sekali....

Exhuberant Rascal.. ER...


Sunday, January 29, 2012

Alhamdulillah.....

Assalammualaikum...

Selamat Pagi.. dari pukul berapa bangun nk setup blog ni. Hurm.. tapi still tak dapat apa yg di hajatkan sepenuhnya.. tapi, tak mengapalah.. Alhamdulillah kepada Allah kerana di beri peluang untuk mengadakan blog ni.

Segalanya mengenai perubahan diri akan dicoretkan dan dikongsi disini. Apa yang pernah terjadi kepada diri, apa yang akan diri ini lakukan. InsyaAllah.. akan di kongsi juga disini..

Tak kesah apa yg perlu di coretkan buat pertama kali. Yang penting, ada sesuatu yang akhirnya dapat di taip disini.. Maafkan diri ini jika ayat yang di susun, ayat yang dikarang, ejaan yang di taip ada kurangnya. Kita semua manusia biasa.

Sebenarnya, bangun pukul 1.59 tadi, rasa bersyukur sangat sebab.... tertido selepas balik dari makan ABC kat seksyen 2 tadi.. kweng3.. tertido tanpa solat isyak.. Astagfirullahalazim.. Maafkan aku Ya Allah..



Niat lepas setup nk terus solat tahajjud skali la kan.. hurm.. skrg jam dah pukul 4.26am.. iskh.. esok nk pergi kerja lagi.. Ok2.. kene siap kan diri sekarang ni.. Esok boleh sambung..

Insyaallah...